Dashboard | +Follow
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 8 February 2017

Sumber rujukan


1 . carian google

2 . buku teks 'Pengurusan dalam Islam'

Kesimpulan

Daripada apa yang kami pelajari dari konsep al-istikhlaf ini ialah sebagai hamba Allah yang bertaqwa hendaklah kita sentiasa mentaati tugas yang Allah perintahkan kepada kita. Selain itu, kita juga perlu mendidik diri kita supaya menjadi hamba Allah yang soleh dan taat. Bukan sekadar melakukan segala yang diperintahNya, tetapi kita juga mestilah meninggalkan laranganNya. Didiklah diri supaya dipenuhi dengan ilmuan agama agar nanti suatu masa kita menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak generasi yang bakal datang. Bangunkan bumi Allah dengan hadirnya insan-insan yang bertaqwa supaya nanti bumi kita kekal sejahtera daripada penyakit yang kurang disenangi oleh penduduknya. InshaAllah.

Contoh-contoh al-Istikhlaf

Pengurus sebagai hamba Allah

tugas utama :

- beribadah kepada Allah

- menyerah seluruh jiwa dan raga kepada Allah


kesan :

- pengurus akan hilang perasaan ego

- pengurus sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas


peranan pengurus :

hubungan secara langsung



Pengurus sebagai khalifah Allah

peranan pengurus :

- menegakkan kebenaran

- mencegah kemungkaran

prasyarat asas:

ilmu

cabang ilmu :

- makrifatullah (kenali Allah)

- ilmu pengurusan

- ilmu mempraktikkan ilmu pengurusan



Pengurus sebagai sesama Islam

Peranan pengurus :

-memperlakukan pekerja seperti saudara sendiri


Ciri-ciri Pengurusan

1. Pengurus sebagai hamba Allah

PEranan pengurus sebagai hamba Allah lebih menjurus kepada sikap dan kelakuan pengurus kearah perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan beramal soleh.Seorang pengurus Islam mesti yakin bahawa Allah amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana  Allahlah mencipta diri-Nya dan manusia yang lain.

2. Pengurus sebagai khalifah Allah

Peranan seorang pengurus sebagai khalifah Allah merupakan hasil daripada pemberian amanah Allah SWT kepada manusia dalam merealisasikan diirnya sebagai hamba Allah.Oleh sebab ini merupakan satu amanah,maka dengan sendirinya ia menjadi tanggungjawab yang berat bagi pengurus.

3. Pengurus sebagai saudara sesama Islam

Peranan pengurus sebagai saudara sesama Islam akan memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai saudara sendiri.Peranan ini jelas disebut dlaam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "orang-orang yang bekerja dibawahmu ialah saudaramu.Orang yang bekerja dibawahmy sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu.Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memeberinya makanan daripada apa yang ia makan dan dibebankan dengan tugas-tugas di luar kemampuan mereka.

Saturday 28 January 2017

Al-istikhlaf


  • Istikhlaf merupakan ketetapan manusia yang ditugaska dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia
  • Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia
  • Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.
  • Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada manusia sejak awal kejadian iaitu semasa Nabi Allah,Adam diciptakan.
  • Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul tugas membangun dan memakmurkan dunia.
  • Dari prinsip istikhlaf inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik inilah manusia ditetapkan dengan tanggungjawab mengurus segala isi kandungannya.
  •  Ianya adalah termasuk manusia itu sendiri, segala sumber kekayaan alam dan segala pemberian serta kemurahan Ilahi dalam bentuk ilmu termasuk sains dan teknologi.
  • Berdasarkan firman  Allah yang bermaksud: "Bagi Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi."
  • Terjemahan surah al-Maidah:17,oleh itu manusia bertanggungjawab menjaga,mengolah,mengguna dan mengagihkan harta yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang memerlukannya.

Profil Kumpulan


Nama : Nurhidayah binti Samsuddin
Umur : 20 tahun
Berasal : Ipoh,Perak
Belajar : Politeknik Seberang Perai
Kursus : Diploma Pengajian Perniagaan
Kelas : DPM2A


Nama : Nurul Najwa Binti Ismail
Umur : 19 Tahun
Berasal : Pulau Pinang
Belajar : Politeknik Seberang Perai
Kursus : Diploma Pengajian Perniagaan
Kelas : DPM2A
Nama : Nurul Hidayah Binti Mohd Jonit
Umur : 19Tahun
Berasal : Pulau Pinang
Belajar : Politeknik Seberang Perai
Kursus : Diploma Pengajian Perniagaan
Kelas : DPM2A


Nama : Hanis Shuhada Binti Hashim
Umur : 19 Tahun
Berasal : Pulau Pinang
Belajar : Politeknik Seberang Perai
Kursus : Diploma Pengajian Perniagaan
Kelas : DPM2A